Saturday, April 14, 2012

Layout Baru : Flower, flawe nye~

Hai Kenkawan, tetiba rasa nk tukar layout sempena tahun baru yg sudah suku tahun ini.. Seperti layout berbunga2 ni, sy memilih layout ini oleh kerana corak dan perasaan tertarik pada kemeriahannya. Sebenarnya hati saya berbunga sama spt mana berbunganya Layout baru ini.

Nape suka bunga? sbb hati ada taman sudah... Thanks kpd pereka taman hati ini kerana bekerja keras & sabar dalam pembinaannya. Saya akan membalasnya tetapi tak setanding dgn balasan yg Allah akan berikan untuk anda.. Seperti omputih slalu sebut "U get what u give".. hiks... 

Sudah2 la berbunga2 sgt ayat, ye la bak kata Sudin dalam Filem "Pendekar Bujang Lapuk", "kau igt hutang je pakai bunga, tulis pown pakai bunga"..Hahahaha..

Thanks spend ur time here, Sayang korunk~ Muah

Saturday, April 7, 2012

Citra Team

Hai semua... Apakah yang d maksudkan dengan CITRA Team... Keadaan aku kerja skrang ni d bawah team CITRA... Aku mula masuk team ni pada bulan 3, 2011, skrang dah setahun la aku dlm group ni, sepanjang aku berada dalam group ni, sentiasa je warga2nya bertukar ganti, dari dulu aku yg paling junior, & skrang aku adalah generasi ke-3 kertu dalam kumpulan itu..tua dah... walaupown warga2 silih berganti namun aku redha dan cuba sentiasa menyesuaikan diri dgn warga2 yg lain...

Pape pown, kepada rakan2 yg baru, selamat datang dan kami sentiasa memberi layanan yg TERBAEK~ Heks... da~~ Muah

Tuesday, April 3, 2012

Tunang Bertunang Pertunangan

Hai semua... Cerita pasal tunang, ramai kawan2 yg dah bertunang... Asik dgr sahaja sana sini kawan sibuk bertunang, aku plak tak de apa2 cerita pown pasal tunang bertunang ni... hmmm... kalu ade nnt nk nikah baru aku bagi tahu, ok x?? ok kn??!! hik~

Insya Allah andai ada jodoh pasti perkara yg sama akan berlaku dalam hidup aku.. Pape pown harap kawan2 yang sudah bertunang, jagalah tali silaturrahim itu dgn baik dan bagi mana2 sahabat yg bakal melangsung perkahwinan, doa aku semoga korunk bahagia sehingga ke akhir hayat.

Orang tua2 ada berpesan pelbagai dugaan dalam alam rumah tangga, jadi jangan la cepat membuat keputusan, minta pendapat dan cubalah pelbagai alternatif untuk menjaga perkahwinan korunk.

Semoga korunk berbahagia dgn pasangan hidup masing2... Amin...

Love time i spend to write in my blog...Muah~